Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Yayasan Pengakap Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Yayasan Pengakap Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pengakap Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini. -Foto Astana Negeri Sarawak
 

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pengakap Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Yayasan Pengakap Sarawak, Arthur Lee Cheng Chuan.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan Yayasan Pengakap Sarawak serta perkembangan terkini mengenai program dan aktiviti yang dijalankan.

Dalam sesi perbincangan, pihak yayasan telah membentangkan beberapa cadangan kepada Tun Wan Junaidi, antaranya termasuk cadangan penambahbaikan Perlembagaan Yayasan Pengakap Sarawak, pengenalan medal khas baharu sebagai bentuk penghargaan kepada ahli-ahli yayasan, serta cadangan memperkenalkan uniform rasmi khusus bagi Yayasan Pengakap Sarawak.

Cadangan tersebut bertujuan memperkukuhkan struktur organisasi serta meningkatkan penglibatan dan motivasi ahli dalam aktiviti kepengakapan di Sarawak.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Yayasan Pengakap Sarawak dalam memperkasa dan membangunkan generasi muda negeri ini.

Beliau turut berharap agar yayasan akan terus memainkan peranan yang aktif dalam mendidik, membimbing serta membentuk sahsiah kepimpinan dalam kalangan belia Sarawak melalui program yang bermanfaat dan berimpak tinggi.

Turut hadir Setiausaha Kehormat, John Ko, Bendahari Kehormat, Albert Sim, Peter Chai Mui Seng, James Hii Yew Hing, Methodius Macdonald George Segie, Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan, Thian Hiong-Boon, Carol Lee, Haji Zasran Abdullah, Bong Lian Huan serta dua wakil konsultan, Alastair Wong Qin Wen dan Chin Yang. -Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Asia berperanan penting pacu inovasi, kemampanan bagi peralihan tenaga – Petronas
Next: ASEAN-SOME: Malaysia tegaskan komitmen teguh terhadap kerjasama tenaga serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.