Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Tabung Haji
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Tabung Haji

Utusan Sarawak 5 months ago
Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, telah berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tabung Baitulmal Sarawak (Majlis Islam Sarawak) dan Lembaga Tabung Haji, hari ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abg Mohd. Shibli Abg Mohd. Nailie, pada 10.00 pagi ini di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak.

Kunjungan hormat ini diadakan sempena penyerahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2023 daripada Lembaga Tabung Haji berjumlah RM1,982,506.48 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Tun Wan Junaidi dan isteri turut menjadi saksi bagi majlis penyerahan zakat tersebut yang bertujuan membantu golongan asnaf dan masyarakat Islam yang memerlukan di Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ustaz Mohammad Yusree Was Mohd Zain, Timbalan Ketua Sektor Operasi Huda Diyana Datu Kipli dari Bahagian Komunikasi TBS Datuk Nurlaila Said, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Tuan Amat Kassim Pait, Pengarah Negeri Tuan Madehi Mahdan, dan Hazidah Bujang Salleh.

Pada masa sama, Tun Wan Junaidi berharap agar sumbangan zakat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dan B40 di negeri Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas usaha Tabung Baitulmal Sarawak dan Lembaga Tabung Haji dalam memperkukuhkan institusi zakat di negeri ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Yayasan Sarawak hulur sumbangan kepada 12 mangsa kebakaran
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan selamat tiba di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.