Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Suruhanjaya Antara Agama Anglikan
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Suruhanjaya Antara Agama Anglikan

Utusan Sarawak 15 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Antara Agama Anglikan di Astana Negeri. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Antara Agama Anglikan di Astana Negeri.

Delegasi Suruhanjaya Antara Agama Anglikan yang diketuai oleh Uskup Agung (Bishop) Anglikan Kuching, Sarawak, Rt Revd Datuk Danald Jute, turut disertai oleh wakil-wakil dari beberapa negara termasuk Mesir, Bangladesh, India dan Brazil.

FOTO: Astana Negeri Sarawak

Kunjungan hormat ini diadakan sempena penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Antara Agama Anglikan yang diadakan di bandaraya Kuching, bermula 13 hingga 17 Oktober 2025.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan antara turut menumpukan kepada inisiatif dialog antara agama yang dilaksanakan di peringkat negeri dan antarabangsa serta memperkasa jalinan baik rentas agama di seluruh dunia.

Tun Wan Junaidi turut berkongsi pengalaman dan pandangan khususnya kepentingan nilai toleransi, persefahaman dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk.

FOTO: Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Antara Agama Anglikan atas usaha berterusan dalam memperkukuh jalinan kerjasama dan persefahaman antara komuniti pelbagai agama, di samping menggalakkan kehidupan yang harmoni dan aman damai di khususnya Sarawak.

Tun Wan Junaidi turut menyatakan harapan agar hubungan baik yang telah terjalin ini dapat terus diperkukuh melalui program kerjasama dan dialog antara agama yang memberi manfaat kepada kesejahteraan serta perpaduan sejagat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Yap calls for fair, formula-based funding for Sarawak
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat sempena Seminar Fatwa Peringkat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.