
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Astana Negeri, pagi tadi.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Pengerusi SPANS, Datu Kameri Affandi bagi memperkenalkan diri sebagai Pengerusi SPANS yang baharu kepada Tun Wan Junaidi.
Datu Kameri telah dilantik menjadi Pengerusi SPANS yang baharu pada 1 Ogos yang lalu, menggantikan Datu Dr Sabariah Putit yang kini telah dilantik sebagai Penasihat Old Kuching Smart Heritage (OKSHE).
Turut hadir Timbalan Pengerusi SPANS, Datu Antonio Khati Galis, Setiausaha SPANS, Mohamad Lofti Tuah dan Urusetia Seksyen Pentadbiran SPANS, Favarina Bujang. -JAPEN