
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri, pagi tadi.
Sesi pra-kabinet ini dilaksanakan mengikut Perlembagaan Sarawak bagi membolehkan Premier Sarawak memaklumkan secara langsung kepada Tun Wan Junaidi berhubung maklumat terkini mengenai pentadbiran dan hal ehwal negeri daripada cabang Ketua Eksekutif Sarawak.

Pada perbincangan yang berlangsung hampir sejam dalam suasana mesra dan penuh muafakat itu, Tun Wan Junaidi menzahirkan keyakinan penuh bahawa di bawah kepimpinan Premier Sarawak akan terus diurus dengan baik demi kesejahteraan rakyat.
Pertemuan ini turut memperkukuh hubungan erat antara institusi Astana dan kerajaan negeri yang mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan kestabilan dan kemajuan berterusan Sarawak.