Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia

Utusan Sarawak 4 hours ago
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia, H.E. Syed Ahsan Raza Shah bertempat di kediaman rasmi, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia, H.E. Syed Ahsan Raza Shah bertempat di kediaman rasmi, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Canseleri, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur, Muhammad Ameer Hassan Butt.

Dalam pertemuan yang berlangsung tersebut, Tun Wan Junaidi dan Syed Ahsan Raza Shah telah mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan kepada beberapa sektor strategik, antaranya perdagangan produk halal, eksport minyak kelapa sawit serta potensi pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia, H.E. Syed Ahsan Raza Shah bertempat di kediaman rasmi, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Selain itu, perbincangan turut merangkumi potensi kerjasama dalam sektor perdagangan beras, tenaga kerja, industri pelancongan dan budaya sebagai langkah proaktif Sarawak dalam meneroka serta memperluas pasaran global.

Tun Wan Junaidi berpandangan bahawa kunjungan hormat ini berupaya memperkukuhkan lagi sinergi ekonomi antara Wilayah Sarawak dan Republik Islam Pakistan, di samping membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama baharu yang mampu memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemahaman MA63 perlu diperkukuh bagi hidupkan semangat Malaysia – Fadillah Yusof
Next: Premier Sarawak terima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.