Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA)
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA)

Utusan Sarawak 9 hours ago
Tun Wan Junaidi menerima cenderamata daripada Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di Astana Negeri.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin bersama-sama dengan barisan ahli jawatankuasa tertinggi persatuan berkenaan.

Kunjungan hormat ini merupakan yang pertama diadakan oleh RESPA sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah kepada Tun Wan Junaidi atas pelantikan beliau sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

Foto JAPEN.

Pelantikan tersebut dianggap sebagai satu detik bersejarah dan kebanggaan besar bagi seluruh ahli RESPA memandangkan Tun Wan Junaidi merupakan antara ahli persatuan yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang serta pencapaian yang tinggi dalam bidang kepimpinan dan pentadbiran negara.

Sebelum ini, semasa memegang jawatan sebagai Menteri Persekutuan, Tun Wan Junaidi pernah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan RESPA di Kuala Lumpur yang mencerminkan hubungan akrab serta sokongan berterusan beliau kepada persatuan tersebut.

Selain menyampaikan ucapan tahniah, kunjungan berkenaan turut bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Tun Wan Junaidi bagi memperkasakan lagi peranan RESPA dalam menyumbang kepada pembangunan rakyat dan negara.

Dalam pertemuan itu, Tun Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan usaha gigih RESPA dalam memperjuangkan kebajikan serta kesejahteraan bekas pegawai kanan polis di seluruh negara.

Kehadiran delegasi RESPA ke Astana Negeri turut melambangkan semangat setiakawan serta penghargaan tinggi terhadap kepimpinan Tun Wan Junaidi yang terus menjadi sumber inspirasi kepada warga bekas pegawai kanan polis di Malaysia.

Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden RESPA, Dato’ Razali Basri dan Datuk Christopher Wan Soo Kee, Naib-naib Presiden, Dato’ Ahmad Nadzer Nordin dan Dato’ Abdullah Abdul Hamid, Pemangku Setiausaha Agung, Tan Kim Chan, Bendahari Kehormat, Dato’ Farid Mahmud serta ahli-ahli jawatankuasa RESPA yang lain. – JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RISEAP platform perkongsian ilmu rentas agama – Premier Sarawak
Next: Penduduk Malaysia pada suku ketiga 2025 meningkat kepada 34.3 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.