Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia

Utusan Sarawak 3 hours ago
TUN Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Edgard D. Kagan di Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Edgard D. Kagan di Kasuma Resort, di sini, hari ini.

Turut hadir pertemuan tersebut ialah Jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat, James Dewey dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Malaysia, Dato Fenny Nuli.

Dalam pertemuan berkenaan, Tun Wan Junaidi dan H.E Edgard D. Kagan telah membincangkan pelbagai inisiatif strategik yang melibatkan kepentingan bersama, antaranya bidang ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui, sejajar dengan kedudukan Sarawak yang kini muncul sebagai hab tenaga bersih di rantau Asia Tenggara.

TUNĀ Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Edgard D. Kagan di Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

H.E Edgard D. Kagan turut menyatakan kekaguman beliau terhadap kestabilan politik serta perubahan dan pelaksanaan pembangunan yang menyeluruh di Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau juga menzahirkan komitmen pihak Kedutaan Amerika Syarikat untuk terus menjadi rakan strategik dalam menyokong dan membantu Sarawak mencapai status negeri maju.

Sebelum mengakhiri sesi pertemuan, H.E Edgard D. Kagan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Wan Junaidi atas kerjasama erat serta sifat keterbukaan dan kemurahan hati dalam berkongsi nasihat dan pandangan sepanjang tempoh perkenalan serta hubungan diplomatik yang terjalin.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan harapan agar hubungan diplomatik dan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Malaysia, khususnya dengan Sarawak, akan terus diperkukuhkan, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan pesat dan mampan yang sedang dilaksanakan di negeri ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia
Next: Sarawak sokong pengetatan data pengirim bungkusan bagi kekang dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.