Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Panglima Armada Barat TLDM dan Lumut Naval Shipyard
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Panglima Armada Barat TLDM dan Lumut Naval Shipyard

Utusan Sarawak 1 day ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Dato’ Baharudin Wan Md Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Naval Shipyard (LUNAS) Sdn. Bhd., Azhar Jumaat di kediaman rasmi, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Dato’ Baharudin Wan Md Nor, bersama isteri beliau Datin Shafiqah Ismail, di kediaman rasmi, di sini, pagi tadi.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Naval Shipyard (LUNAS) Sdn. Bhd., Azhar Jumaat, bersama isteri Noor Afzan Md Noordin, Mohd Nazir Md Ali dan Suhana Albakri Abu Bakar selaku Sekretariat Upacara Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Dato’ Baharudin Wan Md Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Naval Shipyard (LUNAS) Sdn. Bhd., Azhar Jumaat di kediaman rasmi, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Hadir sama ialah Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph, Ketua Pengarah Pasukan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship – LCS), serta Komander Ts Mohamad Idrus Mat Zain, Sekretariat Upacara TLDM.

Kunjungan hormat tersebut membawa agenda istimewa iaitu penyampaian warkah persilaan dan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah untuk hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 3 (LCS 3) di limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd., Perak, yang dijadualkan berlangsung pada 9 Februari depan.

Menurut tradisi maritim, pemilihan ‘Lady Sponsor’ bagi upacara penamaan kapal merupakan satu penghormatan tertinggi yang melambangkan restu serta doa keselamatan terhadap kapal dan seluruh warga yang bakal berkhidmat di atasnya.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Dato’ Baharudin Wan Md Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Naval Shipyard (LUNAS) Sdn. Bhd., Azhar Jumaat di kediaman rasmi, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Pada pertemuan tersebut, Dato’ Baharudin dan Azhar Jumaat turut menyampaikan taklimat kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengenai kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir 3, termasuk perkembangan semasa projek berkenaan.

Tun Wan Junaidi turut mengambil kesempatan menyuarakan pandangan mengenai kepentingan tahap keselamatan perairan Sarawak, khususnya di kawasan perairan Bintulu dan Miri, selaras dengan keperluan strategik pertahanan dan keselamatan negara.

Kehadiran Toh Puan Fauziah bagi menyempurnakan upacara penamaan dan pelancaran kapal tersebut kelak melambangkan sokongan padu kepimpinan Sarawak terhadap usaha memperkukuh kedaulatan maritim negara serta pembangunan industri pertahanan tempatan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TLDM dan LUNAS atas jemputan yang disampaikan.

Beliau turut mendoakan agar segala urusan dan penganjuran majlis yang akan disempurnakan oleh Toh Puan Fauziah kelak berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pasport dan Mykad baharu enam bulan lagi, ciri keselamatan dipertingkat
Next: Penjawat awam di KL, Putrajaya dan Labuan dapat cuti gantian pada 2 Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.