Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Naico Malaysia dan i-CATS
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Naico Malaysia dan i-CATS

Utusan Sarawak 5 hours ago
Foto: Astana Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (Naico) Malaysia dan Kolej Universiti i-CATS Sarawak di Astana Sarawak, hari ini.

Delegasi NAICO diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Ts. Dr. Shamsul Kamar Abu Samah, bersama Mohd Sazali Mohamed Amin. Hadir sama ialah wakil daripada Kolej Universiti i-CATS, iaitu Naib Canselor, Professor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Professor Ir. Dr. Shuhaimi Mansor, Dr. Nurul Zubaidah Zaki, dan Abdul Qaiyum Alidin.

Objektif utama kunjungan tersebut adalah untuk berkongsi maklumat mengenai peranan Naico dalam dua sektor utama industri aeroangkasa, iaitu Penyelenggaraan, Pembinaan Semula dan Pembaikan (MRO: Maintenance, Repair and Overhaul) serta Pembuatan Aero (Aeromanufacturing).

Foto: Astana Sarawak

Turut dikongsikan ialah maklumat berkenaan inisiatif kolaborasi antara Naico dan i-CATS dalam membina rangka kerja bersama pihak berkepentingan industri, termasuk usaha memindahkan pengetahuan dunia sebenar ke dalam sistem pembelajaran agar pelajar mendapat pendedahan kepada kemajuan terkini dalam bidang sistem pesawat dan kejuruteraan satelit.

Dalam sesi tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut dimaklumkan bahawa i-CATS kini sedang giat membina kapasiti dalam beberapa bidang utama pembangunan aeroangkasa, termasuk kejuruteraan sistem, satelit, reka bentuk pesawat, avionik, teknologi satelit dan integrasi sistem aeroangkasa.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif tersebut dan menekankan bahawa peranan i-CATS amat penting dalam memperkukuh pembangunan industri aeroangkasa di Sarawak.

Beliau turut menyatakan harapan agar usaha menjadikan Sarawak sebagai hab industri aeroangkasa utama di Borneo akan menjadi kenyataan demi manfaat anak-anak Sarawak dan rakyat Malaysia amnya.

Tun Wan Junaidi menegaskan bahawa inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk memacu kemajuan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, sejajar dengan visi negeri menuju masa depan yang berdaya saing dan berteknologi tinggi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak pelopori pertanian lestari Borneo berasaskan ilmu sains, pengetahuan tradisional
Next: RON97 ditetapkan RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi RM2.65 seliter hingga 19 November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.