Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Utusan Sarawak 5 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, di Astana Sarawak, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup di Astana Sarawak, pagi tadi.

Pada pertemuan yang berlangsung lebih satu jam itu, beberapa perkara penting telah dibincangkan, antaranya perkembangan kerja penentuan sempadan antara Malaysia, Brunei dan Indonesia yang melibatkan Sarawak.

Dalam hal ini, pihak kementerian memberi jaminan bahawa kerajaan Sarawak akan sentiasa dilibatkan sepanjang proses tersebut.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, di Astana Sarawak, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai pengembalian semula tanah-tanah Persekutuan yang tidak dibangunkan kepada kerajaan Sarawak, serta penurunan kuasa berkaitan pengurusan buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling Persekutuan yang kini dalam proses untuk diserahkan kepada kerajaan Sarawak.

Tun Wan Junaidi turut berkongsi pandangan dan pengalaman semasa berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini, di samping bertukar pandangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan kepada Dato’ Sri Arthur Joseph atas kerjasama erat antara kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memastikan kesejahteraan rakyat serta pemeliharaan ekosistem yang mampan di Sarawak.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian; Datuk Wira Anis Rizana Mohamad Zainudin, Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia; Dato’ Hazri Hasan, Penasihat Undang-Undang Dr. Salahudin Dato’ Hidayat Shariff dan tetamu kehormat lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Usaha perkasa latihan tenaga mahir pembinaan dipertingkat
Next: Sarawak kukuh peneraju ekonomi hijau, FELDA sasar kerjasama strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.