Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Utusan Sarawak 8 hours ago
TUN Wan Junaidi menyaksikan penyerahan zakat perniagaan dari Lembaga Tabung Haji Sarawak sebanyak RM 1,862,466. 09 kepada Tabung Baitulmal Sarawak. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan bertempat di Astana Negeri, pagi tadi.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak khususnya dalam aspek pengurusan hal ehwal Islam, pembangunan institusi pendidikan agama serta penyelarasan program kebajikan ummah di Bumi Kenyalang ini. 

TUN Wan Junaidi menyaksikan penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir sebanyak RM250,000 Tabung Musa’adah JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) kepada Majlis Islam Sarawak. 

Selain itu, pelbagai isu semasa berkaitan kemajuan sosioekonomi masyarakat Islam dan keharmonian antara kaum turut dibincangkan bagi memastikan kestabilan yang sedia ada terus terpelihara.

Pada pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi menyaksikan penyerahan zakat perniagaan dari Lembaga Tabung Haji Sarawak sebanyak RM 1,862,466. 09 kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan sumbangan bantuan banjir sebanyak RM 250,000.00 Tabung Musa’adah JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) kepada Majlis Islam Sarawak. 

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan atas kunjungan yang diadakan dan mendoakan kerjasama erat yang terus terjalin antara institusi agama peringkat persekutuan dan negeri demi kesejahteraan ummah.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penyelidik Universiti Putra Malaysia Sarawak hasilkan sabun mesra alam daripada kulit buah
Next: Perbadanan Perhutanan Sarawak lancar kapal penyelidikan marin pertama di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.