Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) diketuai oleh Presidennya, Datuk Tee Guan Pian di kediaman rasminya, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) diketuai oleh Presidennya, Datuk Tee Guan Pian di kediaman rasminya, di sini, hari ini.

Kehadiran delegasi bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan MDPM selain mendapatkan nasihat serta pandangan daripada beliau.

Delegasi MDPM terdiri daripada Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, Setiausaha Agong, Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, Naib Pengerusi, Datuk Wira Rosli Mat Hassan, Naib Pengerusi, Datuk Abdul Razak Dawood, Naib Presiden II Datuk Mohd Nawawi Awang, Ahli-Ahli EXCO Datuk Gnanasambatham Doraisamy dan Datuk Jacky Chai Chaun serta Datuk Adrian Wei Hua Ung.

Kunjungan hormat tersebut turut bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli majlis dengan institusi tertinggi negeri.

Turut dibincangkan adalah perkara-perkara berkaitan perpaduan, sumbangan sosial, kebajikan dan peranan ahli-ahli yang menyandang gelaran Persekutuan dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat di Sarawak selaras dengan agenda nasional.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi turut berkongsi pandangan bahawa perpaduan kaum di Sarawak merupakan satu contoh yang amat baik di mana rakyat yang berbilang kaum sentiasa hidup dalam keadaan harmoni dan keakraban.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada MDPM atas kesudian mengeratkan lagi hubungan yang baik bersama rakyat Sarawak.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan MA63 terus diperkasa, 16 tuntutan pada peringkat rundingan
Next: Tafsiran sempit MA63 abaikan hak Sarawak ke atas minyak dan gas – Kelvin Yii

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.