
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail di Astana Negeri, hari ini.
Pertemuan ini telah membincangkan pelbagai perkara semasa termasuk isu keselamatan dan keamanan di Sarawak, aspek keselamatan siber serta peranan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).
Selain itu, turut disentuh mengenai persetujuan kerajaan Sarawak terhadap cadangan Tun Wan Junaidi untuk memperkukuh penghargaan serta kebajikan kepada bekas anggota polis, khususnya mereka yang pernah berkhidmat dalam usaha membanteras anasir komunis pada masa lalu.
Tun Wan Junaidi turut menzahirkan harapan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus berkhidmat dengan penuh cemerlang, berintegriti serta dedikasi dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mancha Ata, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Mohd Taufik Toh Abdullah serta Ketua Cawangan Khas Sarawak Mahbub Mustofa Norsalim,