Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Ketua Hakim Syarie Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Ketua Hakim Syarie Sarawak

Utusan Sarawak 7 days ago
FOTO Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak bersama delegasi di Astana Negeri.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Datu Awg. Suhaili Ledi. Turut hadir Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Tuan Rosidi Masli, Pemangku Ketua Pendaftar, Noor Rafidah Ali, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Sarawak, Harizan Hamzah, Timbalan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Sarawak, Arip Ameran serta Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, Tuan Mohd Hazim Borhan.

Pertemuan antara lain bagi menyampaikan taklimat kepada Tun Wan Junaidi mengenai perkembangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) bagi Ordinan Profesional Guaman Syarie Sarawak yang dilihat sebagai langkah penting memperkasa bidang guaman syarie serta menambah baik kerangka perundangan syariah di negeri ini.

FOTO Astana Negeri Sarawak

Ordinan berkenaan dijangka menjadi pemangkin dalam meningkatkan standard profesionalisme, kecekapan, dan kredibiliti pengamal guaman syarie di Sarawak.

Tun Wan Junaidi menzahirkan pandangan serta nasihat yang bernas, selain menegaskan sokongan penuh terhadap usaha Jabatan Kehakiman Syariah untuk memartabatkan institusi kehakiman ke aras yang lebih tinggi dan kompetitif.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan dan mendoakan semoga prestij serta kehormatan bidang perundangan dan institusi kehakiman syariah di Sarawak agar terus dihormati dan diyakini masyarakat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kapal misi GSF berjaya masuki Zon Merah R3 – SNCC
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi LAKMNS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.