Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Lahir Rasmi ke-79
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Lahir Rasmi ke-79

Utusan Sarawak 1 week ago
FOTO Astana Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Lahir Rasmi Yang di-Pertua Negeri yang ke-79, di Astana Negeri.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, selaku Menteri Bertanggungjawab Sambutan.

FOTO Astana Negeri Sarawak.

Tujuan utama kunjungan itu adalah untuk menyampaikan watikah jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah serta memberikan taklimat berhubung pelbagai acara sambutan perayaan yang dijadualkan berlangsung mulai 9 hingga 12 Oktober 2025.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli Jawatankuasa Induk atas komitmen, dedikasi serta kerjasama erat yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan Sambutan Perayaan Hari Lahir Rasmi ke-79 ini.

FOTO Astana Negeri Sarawak.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros), Dato Ibrahim Baki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Pengarah Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri Sarawak (UPPANS), Datu Hamdan Sharbini, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Sahibul Fadilah Ustaz Mual Suaud, Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Sarawak (MSS), Awang Ikman Awang Sepian dan Timbalan Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak, Caroline Chen Tze Yian.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan dan Kasih Sayang Sibu
Next: Bekas Panglima Angkatan Tentera Tun Dr Mohamed Hashim meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.