Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jabatan Mufti Sarawak, Perbadanan Muzium Pahang
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jabatan Mufti Sarawak, Perbadanan Muzium Pahang

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima dua kunjungan hormat berasingan di Astana Negeri di sini, hari ini. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima dua kunjungan hormat berasingan di Astana Negeri di sini, hari ini.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada rombongan Jabatan Mufti Sarawak yang diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Turut hadir Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yasin, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Ahmad Sukarno Saini dan Ketua Bahagian Falak Mohd. Fauzi Hairani.

Dalam kunjungan tersebut, Datuk Dr. Abdul Rahman telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Falak Bintulu yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos 2025.

Pusat Falak Bintulu mula dibina pada 27 Ogos 2020 dan siap sepenuhnya pada 9 November 2022, sebelum memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Februari 2023.

Sejurus selepas itu, Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Muzium Pahang.

Rombongan diketuai oleh Pengarah Muzium Pahang, Dato Ahmad Farid Abd. Jalal serta diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Sherrina Hussaini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kraf Suriya Charles dan kehormat lain.

Kunjungan berkenaan adalah bagi menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi bagi menghadiri Temasya Warisan Pahang yang bakal berlangsung pada 31 Ogos hingga 7 September 2025.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak berdepan cuaca panas berpanjangan, JPBN aktifkan pasukan kecemasan
Next: Cuaca panas: Hanya Marudi kini di tahap berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.