Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Duta Besar Perancis
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Duta Besar Perancis

Utusan Sarawak 3 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerahkan cenderahati kepada Marc Abensour. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Perancis yang diketuai oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Marc Abensour di Kesuma Resort di sini hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk bertemu Tun Wan Junaidi bagi membincangkan serta meneroka peluang pelaburan dan kerjasama strategik dalam beberapa sektor utama.

TUN Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada delegasi Duta Besar Perancis ke Malaysia. Foto JAPEN

Antara bidang yang dibincangkan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri marin serta penerbangan.

Selain itu, peluang kerjasama turut melibatkan sektor tenaga boleh diperbaharui, industri minyak dan gas yang merangkumi aktiviti huluan dan hiliran, serta teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

MARC Abensour mendatangani buku pelawat. Foto JAPEN

Sarawak dilihat sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan mampan dan berteknologi tinggi berikutan sumber tenaga boleh diperbaharui yang melimpah serta infrastruktur perindustrian yang kukuh.

Kunjungan hormat tersebut merupakan yang pertama kepada Tun Pehin Sri sejak Marc Abensour dilantik sebagai Duta Besar Perancis ke Malaysia pada Januari lalu.

Turut hadir Pengarah Kementerian Luar Negeri Malaysia, Pejabat Wilayah, Dato Fenny Nuli, Kaunselor Kerjasama dan Hal Ehwal Kebudayaan di Kedutaan Perancis di Malaysia, Thierry d’Anna, serta Timbalan Kaunselor Ekonomi, Bouthaina Harfi. – Japen

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Banjir di Kuching pulih, dua PPS ditutup
Next: Eksklusif: Elemen 3L antara punca utama kebakaran rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.