Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UTS
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UTS

Utusan Sarawak 1 day ago
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang diketuai Datuk Dr Annuar Rapaie di kediaman rasmi, Kasuma Resort petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di kediaman rasmi, Resort Kasuma petang tadi.

Delegasi berkenaan diketuai olehTimbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaie.

Selain itu, delegasi tersebut turut disertai oleh Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid dan Pendaftar UTS, Jimmy De Rozario.

Kunjungan berkenaan bertujuan untuk menjemput Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menghadiri Majlis Statesman’s Lecture, Book Talk and Book Launch yang akan berlangsung di UTS, Sibu pada 30 Ogos ini.

Pada majlis tersebut, dua karya penulisan Tun Wan Junaidi akan dilancarkan, iaitu ‘Teriso’s Little Star dan Silence’. ‘Teriso’s Little Star’ ini berasaskan kisah benar kehidupan beliau yang dilahirkan di Kampung Pendam dan membesar di Teriso. Tun Wan Junaidi turut berkongsi pengalaman zaman persekolahan di Kampung Pendam bersama delegasi UTS semasa kunjungan tersebut.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang diketuai Datuk Dr Annuar Rapaie di kediaman rasmi, Kasuma Resort petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Sementara itu, ‘Silence’ merupakan antologi sajak hasil kolaborasi bersama Diana Ningkan dan Yusuf Mustanir. Sebahagian besar puisi dalam antologi ini lahir daripada pengalaman serta perjalanan hidup Tun Wan Junaidi sendiri.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan kepada pihak UTS kerana sudi menjadi penganjur majlis serta penerbit kepada kedua-dua karya berkenaan.

Beliau turut menyatakan harapan agar syarahan negarawan bertajuk ‘History, Law and Governance’ yang akan disampaikan kelak dapat memberi manfaat, memperluas pengetahuan serta membuka ruang perbincangan yang berguna kepada warga akademik, mahasiswa, dan masyarakat umum.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SPRM Sarawak tekankan budaya integriti dalam kalangan penjawat awam
Next: Bantuan RM100 bantu hadapi kos sara hidup, skim perlu ditambah baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.