Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Unimas
  • PENDIDIKAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Unimas

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Hata Rasit di kediaman rasmi Kasuma Resort pada petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Hata Rasit serta isteri, Prof Dr Ramlah Zainudin di kediaman rasmi Kasuma Resort pada petang tadi.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Hata Rasit di kediaman rasmi Kasuma Resort pada petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Tujuan kunjungan ini adalah untuk mempersembahkan koleksi rekaan batik Sarawak yang dihasilkan khas oleh pihak Unimas, yang menampilkan elemen bunga-bunga Sarawak serta motif daripada pelbagai etnik termasuk Melayu, Iban, Melanau dan Orang Ulu.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi menyarankan pihak Unimas untuk menyediakan satu kertas cadangan yang merangkumi aspek rekaan, bajet, penyelidikan, pembangunan dan latihan bagi membolehkan pengeluaran Batik Sarawak yang beridentiti tersendiri.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Hata Rasit di kediaman rasmi Kasuma Resort pada petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Kertas cadangan tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada Datuk Amar Mohamad Abu Bakar untuk tindakan lanjut.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berpandangan bahawa Batik Sarawak mempunyai potensi besar untuk mencerminkan kepelbagaian budaya etnik yang kaya di negeri ini, sekali gus menjadi lambang kebanggaan serta representasi visual tentang semangat keunikan Borneo.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pertandingan Poster Keamanan Lions 2025-2026 serlah bakat seni pelajar muda
Next: Belia digesa rebut peluang pendidikan tinggi dalam bidang STEM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.