Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Majlis Pelancaran Buku Biografi ‘Abang Johari: Sarawak’s First Premier’
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Majlis Pelancaran Buku Biografi ‘Abang Johari: Sarawak’s First Premier’

Utusan Sarawak 2 hours ago
TUN Wan Junaidi telah menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Pelancaran Buku Biografi ‘Abang Johari: Sarawak’s First Premier’ yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di kediaman rasmi, Kasuma Resort, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat di kediaman rasmi, Kasuma Resort, pagi tadi.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tokoh korporat dan kenalan lama, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah serta Pengarah Syarikat Limar Group of Companies, Wan Mohamad Wan Ibrahim.

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Biografi ‘Abang Johari: Sarawak’s First Premier’ yang dijadualkan berlangsung esok di Dayak Cultural Foundation, Jalan Ong Tiang Swee.

Tun Wan Junaidi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan tersebut dan mendoakan agar majlis pelancaran buku berkenaan akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MBKS teguh usaha jadikan Kuching Selatan bandar mesra kanak-kanak
Next: MCMC siasat 52 aduan terhadap pembaca berita Semenanjung didakwa hina rakyat Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.