Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JPN Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JPN Sarawak

Utusan Sarawak 18 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) Sarawak di kediaman rasmi Kasuma Resort hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) Sarawak di kediaman rasmi Kasuma Resort hari ini.

Delegasi ini diketuai oleh Pengarah JPN Sarawak, Mahathir Bujang. Tujuan utama kunjungan adalah bagi menjalankan semakan status cip kad pengenalan ke atas ahli keluarga Tun Wan Junaidi serta semua pegawai dan staf yang berada di kediaman rasmi.

KUNJUNGAN pihak JPN Sarawak adalah untuk menjalankan semakan status cip kad pengenalan ke atas ahli keluarga Tun Wan Junaidi serta semua pegawai dan staf di kediaman rasmi Kasuma Resort hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Turut serta dalam sesi penyemakan tersebut ialah anaknya, Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima bersama suami, Hakeem, serta Tasneem.

Sesi ini amat dialu-alukan kerana hasil semakan mendapati terdapat beberapa kad pengenalan ahli keluarga yang data cipnya tidak lengkap.

KUNJUNGAN pihak JPN Sarawak adalah untuk menjalankan semakan status cip kad pengenalan ke atas ahli keluarga Tun Wan Junaidi serta semua pegawai dan staf di kediaman rasmi Kasuma Resort hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi menggesa agar seluruh rakyat Sarawak mengambil peluang untuk menyemak kad pengenalan masing-masing bagi memastikan maklumat sentiasa lengkap, sekali gus mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul pada masa hadapan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Siniawan bakal lengkapkan Sarawak Delta Geopark, sasar pengiktirafan UNESCO
Next: Industri dan perniagaan digalakkan laksana amalan mesra komuniti pekak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.