Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JPM Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JPM Hal Ehwal Sabah dan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Wan Junaidi telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) diketuai Menterinya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di kediaman rasmi beliau, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) diketuai Menterinya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di kediaman rasmi beliau di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut menjadi platform pertemuan rasmi antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dengan pemerkasaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang merupakan antara perkara utama yang dibincangkan, sejajar dengan usaha berterusan memastikan hak dan kedudukan Sarawak terus dipelihara dalam kerangka Persekutuan Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu turut menyentuh keperluan penyelarasan dasar antara kerajaan pusat dan negeri, khususnya bagi memastikan pelaksanaan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara terancang dan mengikut garis masa yang ditetapkan.

TUN Wan Junaidi telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) diketuai Menterinya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di kediaman rasmi beliau, hari ini. Foto UKAS

Selain itu, sesi pertemuan tersebut turut memberi ruang kepada perkongsian mengenai peranan dan tanggungjawab serta pengalaman Tun Wan Junaidi sepanjang berkhidmat dalam pelbagai jawatan di peringkat Persekutuan sebelum ini, yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala.

Kunjungan hormat tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dalam memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam memantapkan pelaksanaan MA63 dan agenda pembangunan negeri pada masa hadapan.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nazri Mohd Hassan serta barisan delegasi dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Laluan baharu Bas Makkah hubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira
Next: Kekal Bebas hingga DUN dibubar, See Chee How enggan ulas masa depan politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.