Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JAKIM
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JAKIM

Utusan Sarawak 4 days ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diketuai Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee bertempat di Astana Negeri pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diketuai Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee bertempat di Astana Negeri pagi tadi.

Tujuan utama kunjungan ini adalah bagi menyampaikan warkah jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) kali ke-21 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos 2025.

Pada pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi merakamkan penghargaan dan menyambut baik usaha pihak JAKIM dalam memainkan peranan penting serta komitmen berterusan dalam memperkasa bidang pengajian agama Islam, khususnya di Sarawak.

 TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diketuai Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee bertempat di Astana Negeri pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi turut menggesa agar satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan dalam penyediaan kursus-kursus yang lebih pelbagai dan relevan dengan keperluan semasa.

Langkah ini penting bagi melengkapkan para pelajar dengan kemahiran bersifat holistik yang bukan sahaja bermanfaat kepada individu malah turut memberi nilai tambah kepada pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut adalah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Datuk Mohd Ajib  Ismail.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan atas kunjungan hormat dan usaha murni pihak JAKIM serta mendoakan agar Istiadat Konvokesyen yang bakal berlangsung akan berjalan dengan lancar, diberkati dan mencapai matlamat yang disasarkan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gencatan senjata agenda utama pertemuan pemimpin Thailand-Kemboja di Putrajaya
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pustaka Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.