Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari

Utusan Sarawak 5 hours ago
KUNJUNGAN HORMAT… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri Sarawak, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memohon perkenan serta menyampaikan taklimat berhubung agenda Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pertemuan rutin yang berlangsung sebelum mesyuarat Kabinet Negeri itu mencerminkan hubungan kerjasama erat antara institusi Yang di-Pertua Negeri dan kepimpinan eksekutif negeri dalam memastikan urusan pentadbiran serta pembangunan negeri terus berjalan lancar dan berkesan.

Dalam suasana penuh mesra, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai beberapa perkara penting melibatkan kepentingan rakyat serta hala tuju pembangunan negeri.

Perbincangan tersebut selaras dengan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh strategi pembangunan masa depan Sarawak demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat Mufti Sarawak baharu
Next: Michael Kong gesa penggantian segera paip air usang di Olive Garden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.