
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri, hari ini.
Kunjungan tersebut adalah sebagai sesi Pra-Kabinet Negeri yang menjadi wadah penting bagi memaklumkan secara langsung kepada Tun Wan Junaidi mengenai perkembangan semasa termasuklah hal ehwal pentadbiran negeri bagi pertimbangan dan pandangan Tun Wan Junaidi.
Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu sekali gus mencerminkan komitmen yang tinggi serta hubungan erat antara institusi Astana dan cabang eksekutif kerajaan dalam menerajui pembangunan, memastikan kestabilan dan kemajuan negeri.
Tun Wan Junaidi turut mendoakan agar Sarawak akan terus maju makmur dibawah pimpinan Abang Johari dan diurus tadbir dengan baik serta menggalakkan kerjasama semua pihak demi kesejahteraan dan manfaat rakyat secara menyeluruh.