Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuala Lumpur
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 3 days ago
TUN Wan Junaidi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Ketibaan beliau diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Menyambut ketibaan Tun Wan Junaidi, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, pegawai-pegawai kanan Astana Negeri serta Ketua Pegawai Perhubungan Rumah Sarawak Kuala Lumpur, Awang Supian Awang Daud.

TUN Wan Junaidi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Pada esok hari, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah dijadualkan ke Kuantan, Pahang bagi menghadiri Temasya Warisan Pahang yang akan berlangsung di Muzium Kontemporari Pahang.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Tun Wan Junaidi mendoakan agar segala urusan perjalanan beliau dan Toh Puan Fauziah dipermudahkan serta selamat tiba ke destinasi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir di 10 negeri hingga 7.00 malam ini
Next: Jualan SARA capai RM100 juta pada hari ketujuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.