Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi santuni 10 masjid, surau sempena Iftar Perdana Unimas
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi santuni 10 masjid, surau sempena Iftar Perdana Unimas

Utusan Sarawak 3 hours ago
TUN Wan Junaidi menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Iftar Perdana 2026 anjuran Unimas, hari ini. Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 10 masjid dan surau dari kawasan Kuching, Asajaya dan Simunjan menerima sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana 2026 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang diadakan di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, di sini, hari ini.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor Unimas, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi kepada wakil masjid dan surau yang terlibat.

Majlis Iftar Perdana itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga universiti dan masyarakat setempat selain menyemarakkan penghayatan Ramadan.

TUN Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziaj hadir pada Majlis Iftar Perdana 2026 anjuran Unimas, hari ini. Foto Norman B

Antara penerima sumbangan ialah Masjid Darul Ehsan Kampung Belong Asajaya, Masjid Darul Abidin Kampung Tanjung Bako, Surau Nahdatul Darul Salam Kampung Sungai Ba, Surau Darul Iman Kampung Terasi Ulu dan Surau Darul Iman Kampung Hulu Tungkah Melayu Simunjan.

Selain itu, Surau Al-Hidayah Kampung Plaie, Surau Darur Rahman RPR Batu Kawa Fasa 4, Surau Nur Iman RPR Taman Sri Permai Landeh, Surau Darul Falah Kampung Semariang Fasa 3 serta Surau Darul Taqwa Kampung Bintawa Ulu.

Majlis turut diserikan dengan bacaan al-Quran oleh qari serta persembahan qasidah daripada kumpulan Ahbab El-Habeeb sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor Unimas Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit bersama isteri, Profesor Dr. Ramlah Zainudin, ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pengarah-Pengarah serta Ketua Kaum dan Penghulu dari kawasan Kota Samarahan serta pelajar dan kakitangan Unimas.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dayang Norjihan serikan program bubur lambuk di Pusat Kebajikan Petra Jaya
Next: Polis Bintulu galak orang ramai guna aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ salur maklumat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.