Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi mulakan lawatan rasmi ke Markas TLDM Lumut
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi mulakan lawatan rasmi ke Markas TLDM Lumut

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah selamat tiba di Helipad 4, Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Markas Pangkalan TLDM Lumut dan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd. Foto UKAS

PERAK: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selamat tiba di Helipad 4, Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Markas Pangkalan TLDM Lumut dan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd.

Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini, dengan menaiki helikopter khas disambut oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) Laksamana Madya Datuk Badarudin Taha dan Panglima Armada Barat (PA Barat) Laksamana Madya Dato’ Baharudin Wan Md Nor serta isteri masing-masing.

Turut mengiringi Tun Wan Junaidi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Sejurus mendarat, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut secara rasmi diikuti dengan bacaan doa pimpinan Pegawai Agama Markas Pemerintahan Armada Barat, Ustaz Mejar Azlan Abdullah, sebelum diberi Penghormatan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang menjadi sebahagian daripada sambutan ketibaan.

Sebelum memulakan lawatan, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berangkat ke Markas Panglima Armada Barat bagi menerima Penghormatan KKU mengikut protokol dan istiadat ketenteraan yang ditetapkan.

Lawatan rasmi tersebut dijadualkan merangkumi lawatan di sekitar Pangkalan TLDM Lumut, Majlis Ramah Mesra bersama anak Sarawak serta Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 3 yang dijadualkan berlangsung esok.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sabah ambil alih 20 peratus kepentingan strategik dalam kontrak minyak Sabah Utara
Next: Tun Wan Junaidi tinjau aset pertahanan maritim negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.