Jojo antara 154 penerima darjah kebesaran

Facebook
WhatsApp
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada Muhammad Johan Ghazali pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri, hari ini.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini menyampaikan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada 154 penerima.

Istiadat berkenaan berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, dengan menyaksikan pengurniaan pelbagai darjah kebesaran dan pingat negeri sebagai pengiktirafan terhadap jasa, khidmat bakti serta sumbangan para penerima kepada negeri Sarawak.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada 12 penerima, termasuk Peguam Kanan Negeri (Senior State Counsel), Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Mohd Adzrul Adzlan; Timbalan Pengarah (Industri Ternakan), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Dr. William Rovina Nating; dan Ketua Bahagian Pembangunan Bandar, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR), Forkanizam Dolhadi.

TUN Wan Junaidi menyampaikan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) kepada Mellissa Ogang. Foto JAPEN

Turut menerima P.B.K ialah Dr. Nik Azim Nik Abdullah, Dr. Aini Fahriza Ibrahim, Dr. Rokayah Julaihi, Alison Buda, Knot Atok, Samai Bajan, Zaidi Sarkawi, Gerard George Entigar dan Thadeus Ling Bartholomew Allu.

Seterusnya, Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) dikurniakan kepada 19 penerima, antaranya Mejar Jeffery Ling Jalak, Profesor Madya Dr. Ahmad Nizar Ya’akub, Abang Masli Abang Willie, Abang Mat Noor Abang Abdul Samat, Andrew Modol, Hardi Sapiei, Mahathir Mohammad, McWillyn Jiok, Sam Budi, Christhe Mansom dan Emelia Tambi.

Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) pula, antara penerima ialah Muhammad Johan Ghazali, Anderson Kalang Lah, Baling Ellison Duren, Bangsawan Jahri.

TUN Wan Junaidi menyampaikan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) kepada Sebastian Kaban Apong. Foto JAPEN

Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) kepada 21 penerima, termasuk Ahmad Nur Irfan Amirruddin, Jungan Buda, Sebastian Kaban Apong dan Mellissa Ogang.

Selain itu, seramai 42 penerima menerima Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), manakala 45 penerima dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S).

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh; Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan serta tetamu jemputan.