Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi membeli bendera sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi membeli bendera sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Utusan Sarawak 14 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah mengunjungi kedai sukan UH Sport Sdn Bhd yang terletak di pusat bandar raya, petang tadi. Foto: Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah mengunjungi kedai sukan UH Sport Sdn Bhd yang terletak di pusat bandar raya, petang tadi.

Kedai tersebut menawarkan pelbagai pilihan pakaian, kasut, peralatan sukan serta bendera Sarawak dan Malaysia.

Pada kesempatan itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah membeli beberapa helai bendera Malaysia dan Sarawak untuk dipasang di kediaman peribadi bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah mengunjungi kedai sukan UH Sport Sdn Bhd yang terletak di pusat bandar raya, petang tadi. Foto: Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi menzahirkan harapan agar seluruh rakyat turut memasang bendera Malaysia di premis masing-masing sebagai tanda kecintaan serta semangat patriotisme terhadap negara.

Selesai urusan membeli bendera, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut singgah di sebuah kedai perkakasan bagi mendapatkan tiang bendera.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dron bantu kesan kanak-kanak autisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.