Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi luang masa bersama rakan-rakan lama di Kuala Lumpur
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi luang masa bersama rakan-rakan lama di Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 2 days ago
TUN Wan Junaidi telah berpeluang menikmati juadah pagi sambil bertemu dan berbual mesra bersama rakan-rakan lama beliau, iaitu Dato’ Sri Azman Ujang, Dato’ Firoz Hussein, Dato’ Sri Wong Chun Wai, Mr. M. Rajah, dan Mr. Jegathesan. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah berpeluang menikmati juadah pagi sambil bertemu dan berbual mesra bersama rakan-rakan lama beliau, iaitu Dato’ Sri Azman Ujang, Dato’ Firoz Hussein, Dato’ Sri Wong Chun Wai, Mr. M. Rajah, dan Mr. Jegathesan.

Perjumpaan pagi tadi berlangsung dalam suasana santai dan penuh keakraban. Mereka yang hadir terdiri daripada tokoh-tokoh tersohor dalam bidang masing-masing, termasuk perundangan, kewartawanan, penulisan dan kolumnis berpengaruh tanah air.

TUN Wan Junaidi telah berpeluang menikmati juadah pagi sambil bertemu dan berbual mesra bersama rakan-rakan lama beliau, iaitu Dato’ Sri Azman Ujang, Dato’ Firoz Hussein, Dato’ Sri Wong Chun Wai, Mr. M. Rajah, dan Mr. Jegathesan. Foto Astana Negeri Sarawak

Sesi perbualan dipenuhi dengan perkongsian berita, pengalaman serta pandangan terhadap isu-isu semasa, diselang-seli dengan kisah-kisah menarik dan penuh nostalgia. Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut menerima buku bertajuk ‘Penang’s Story: My Story’ daripada Dato’ Sri Wong Chun Wai sebagai tanda kenangan.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas kehadiran semua sahabat beliau dan mendoakan agar mereka terus berjaya dalam bidang masing-masing serta kekal memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Golongan OKU digesa daftar JKM, nikmati 30 bantuan dan keistimewaan
Next: Gempa bumi 5.9 magnitud landa selatan Kazakhstan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.