Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi luang hujung minggu bersama keluarga di Lebuh India
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi luang hujung minggu bersama keluarga di Lebuh India

Utusan Sarawak 24 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan masa hujung minggu bersama anakanya Sharifah Fariah dan cucunya Athena membeli barangan keperluan di Lebuh India, Jalan Gambier, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa hujung minggu bersama anakanya Sharifah Fariah dan cucunya Athena membeli barangan keperluan di Lebuh India, Jalan Gambier, hari ini.

Lebuh India sekian lama telah menjadi lokasi ikonik tumpuan orang ramai untuk membeli-belah di Kuching. Selain menawarkan pelbagai pilihan kedai pada harga berpatutan, suasana di sini turut mengekalkan ciri seni bina warisan yang memberi pengalaman unik kepada para pengunjung.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakamkan gambar kenangan bersama orang ramai semasa membeli barangan keperluan di Lebuh India, Jalan Gambier, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Sepanjang kunjungan santai tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah singgah di beberapa premis perniagaan tempatan termasuk Alena Boutique, Syarikat Naazimuddin, Zana by Nizamir, Pusaka Al-Azhar, Syarikat Jasmim Jawhar dan Syarikat Quaisia Banu.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut mencuri perhatian para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bertegur sapa, berswafoto serta merakam gambar kenangan bersama.

Antara yang hadir termasuk pelawat dari luar bandar Kuching seperti Sungai Asap, Belaga, yang turut memanfaatkan cuti hujung minggu untuk membeli-belah bersama keluarga.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakamkan gambar kenangan bersama orang ramai semasa membeli barangan keperluan di Lebuh India, Jalan Gambier, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur atas kesempatan untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan masyarakat setempat.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menyuarakan harapan agar budaya kekeluargaan terus disemai dalam kehidupan harian masyarakat meskipun dibelenggu kesibukan rutin kerja.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi juga berharap agar Lebuh India terus menjadi lokasi yang meriah dan berdaya tarikan dengan menawarkan beraneka jenis barangan dan makanan kepada pengunjung tempatan dan asing tanpa mengira peringkat umur dan bangsa.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AI bukan pengganti wartawan, sebaliknya pemangkin tingkat kualiti berita
Next: 600 pokok bakau ditanam di pesisir pantai Sejingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.