PETRA JAYA: Seramai 148 orang penerima dikurniakan Pingat dan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak, hari ini.
Istiadat ini disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya.
Mendahului senarai penerima, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee merupakan penerima bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.).
Diikuti oleh Ahli Parlimen P201 Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Parlimen P203 Lubok Antu Roy Angau Gingkoi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N50 Allan Siden Gramong, ADUN N25 Simunjan Awla Dris, ADUN N30 Billy Sujang, ADUN N28 Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN N62 Katibas Lidam Assan, ADUN N12 Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Prof Dr Asri Said dan Setiausaha Sulit Kanan di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Mohammad Fahmi Mustafa.
ADUN N49 Anyi Jana pula mengetuai senarai bagi penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K).
Majlis diteruskan dengan 26 penerima bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.K) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Integriti UNIMAS, Dr Nasriman Abdul Rahman.
Selain itu, seramai 16 orang penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) manakala lapan penerima bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K).
Istiadat diteruskan dengan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) kepada 41 orang penerima, dan 38 orang menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S).
Turut hadir bersama ialah isteri TYT, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan II Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik serta dif- dif kenamaan yang lain.