Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tun Wan Junaidi, isteri selamat tiba di Sibu untuk lawatan Tahun Baharu Cina
  • Tengah
  • WILAYAH

Tun Wan Junaidi, isteri selamat tiba di Sibu untuk lawatan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu, 10.20 pagi tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi, dan isteri disambut mesra Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr. Annuar Rapaee, bersama Residen Sibu, Abang Mohd. Porkan Hailji Abang Budiman, serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

Turut mengiringi dalam lawatan ini ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Menteri Belia dan Sukan, serta Menteri Perusahaan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, selaku Menteri Pengiring, bersama Yang Berbahagia Datin Sri Zuraini Jabbar.

Lawatan ini diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Tun Wan Junaidi, dan isteri akan berkunjung ke kediaman pemimpin-pemimpin tempatan sebagai tanda penghormatan dan muhibah.

Kunjungan ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan persahabatan serta mengeratkan jalinan kemesraan antara pemimpin dan masyarakat demi kesejahteraan serta keharmonian negeri Sarawak.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: ADUN Tanjung Batu seru lebih ramai sukarelawan
Next: Tun Wan Junaidi, isteri kunjungi kediaman Michael Tiang Ming Tee sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.