Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, isteri hadiri Majlis Jamuan Negeri
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, isteri hadiri Majlis Jamuan Negeri

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, yang berlangsung di Dewan Santapan, Bangunan DUN Sarawak, malam tadi.FotoAstana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, yang berlangsung di Dewan Santapan, Bangunan DUN Sarawak, malam tadi.

Keberangkatan tiba Tun Wan Junaidi, dan isteri disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Menteri Kabinet Negeri, Ahli-Ahli DUN, serta tetamu kehormat.

Majlis diadakan dalam suasana penuh muhibah dan adat istiadat, melambangkan semangat perpaduan dalam kalangan kepimpinan negeri.

Ia turut memperkukuh iltizam kerajaan Sarawak dalam menjunjung sistem demokrasi berparlimen serta memperhebat tadbir urus menuju matlamat menjadikan Sarawak sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Majlis Seni Sarawak, selain menampilkan barisan artis tempatan yang diundang khas bagi memeriahkan suasana majlis.

Tun Wan Junaidi, dan Toh Puan turut meluangkan masa beramah mesra bersama pemimpin negeri serta penjawat awam yang hadir, sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas sumbangan mereka dalam pembangunan Sarawak.

Dalam majlis tersebut, Tun Wan Junaidi turut mendoakan agar kepimpinan negeri terus memperkukuh hubungan dan kerjasama erat dengan semua wakil rakyat, sejajar dengan komitmen untuk memacu kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous:  Apoh Rafting dan Cultural Festival 2025 angkat nilai seni, budaya Orang Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.