Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tun Wan Junaidi ingatkan graduan elak rasuah, pelihara integriti
  • PENDIDIKAN

Tun Wan Junaidi ingatkan graduan elak rasuah, pelihara integriti

Utusan Sarawak 14 hours ago
TUN Wan Junaidi (kanan) menyampaikan Anugerah Akademik kepada Darrel Simbas Ritchie, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan UTS.

SIBU: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan para graduan agar tidak membiarkan ilmu dan kejayaan yang dimiliki dicemari oleh amalan rasuah serta ketirisan integriti.

Tegas beliau, ilmu tanpa integriti boleh menjadi berbahaya, manakala kejayaan yang dibina atas ketidakjujuran bersifat rapuh dan pasti akan runtuh.

“Jangan sesekali membiarkan rasuah menodai pencapaian anda kerana sejarah telah membuktikan bahawa tamadun agung pernah musnah kerana rasuah,” katanya.

Tun Wan Junaidi berkata demikian ketika berucap pada hari pertama Majlis Konvokesyen ke-10 Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan menentang rasuah bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya merupakan kewajipan setiap warganegara, khususnya golongan berpendidikan seperti para graduan.

“Integriti ialah perisai anda, dan peribadi ialah kompas anda,” ujarnya.

Menurut Tun Wan Junaidi, kerajaan Sarawak telah menubuhkan Jabatan Ombudsman sebagai langkah tegas membanteras rasuah serta memastikan tadbir urus yang bersih dan dinamik di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa rakyat Sarawak agar mengekalkan perpaduan dan tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang cuba memecahbelahkan keharmonian negeri.

“Marilah kita buktikan bahawa kita lebih bijak, matang dan berpendidikan. Hari ini, kita berdiri megah dengan universiti sendiri yang dihormati dan diiktiraf.

“Insya-Allah, dengan ilmu yang disemai di sini, UTS suatu hari nanti akan berdiri sebaris dengan MIT, Stanford, Oxford dan Cambridge,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan Sarawak tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menafikan hak-haknya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita mesti berdiri teguh, bersatu dan menyokong setiap usaha menuntut semula warisan hak kita demi kelangsungan pembangunan dan keharmonian Malaysia tercinta,” tambahnya.

Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Konvokesyen bukan penamat, graduan perlu pacu transformasi Sarawak 2030
Next: Pendidikan bentuk insan berilmu, berakhlak dan beradab – Chee Kadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.