Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi imarah Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi imarah Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir mengimarahkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Hari Sarawak 2025 petang tadi. Foto UKAS

MIRI: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir mengimarahkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Hari Sarawak 2025 di Masjid At-Taqwa  sini, petang tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah pada 6.30 petang disambut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir mengimarahkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Hari Sarawak 2025 petang tadi. Foto UKAS

Majlis itu, dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin Imam Besar, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Jemaah turut diserikan dengan alunan zikir marhaban daripada Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Miri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak sebelum memulakan majlis jamuan makan malam yang turut disertai tetamu bukan beragama Islam.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir mengimarahkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Hari Sarawak 2025 petang tadi. Foto UKAS

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti , Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier  (Penyelaras Projek Bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebuh Raya Pesisir Utara bernilai RM6.1 bilion dimulakan suku ketiga tahun ini – Awang Tengah
Next: Tun Wan Junaidi hadiri jamuan makan malam Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.