
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 yang berlangsung di Balai Mesyuarat, Istana Negara.
Tun Wan Junaidi diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak.

Majlis Raja-Raja merupakan wadah penting yang berfungsi memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan mengenai dasar negara, terutamanya dalam hal yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.