
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Tahlil Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi Premier Sarawak malam ini.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah tiba di kediaman rasmi Premier Sarawak pada 6.40 petang.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan surah Yasin, bacaan tahlil dan seterusnya solat fardu Isyak berjemaah yang telah dipimpin oleh Imam Besar, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Sebelum berangkat pulang, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menjamu jamuan makan malam yang telah disediakan dan seterusnya merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
Tun Wan Junaidi mendoakan semoga Premier Sarawak terus tabah dan bersabar dalam menerima ketentuanNya.
Seluruh rakyat Sarawak juga turut sama berduka dan merasai kehilangan sosok yang disayangi semua.