Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Teh di salah sebuah hotel di sini, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak sempena sambutan Ulang Tahun ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Besar, Astana Negeri, tengah hari tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, bersama isteri, Datin Amar Baduyah Bujang.

Hadir bersama adalah anaknya, Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima dan suaminya, Hakeem, Sharifah Nuriel dan suaminya, David.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Teh di salah sebuah hotel di sini, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Istiadat pada kali ini turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anak beliau Dayang Norjihan.

Bagi penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak-Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.), penganugerahan tertinggi pada tahun ini telah dikurniakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan besar beliau dalam kepimpinan dan pembangunan Sarawak.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Teh di salah sebuah hotel di sini, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Seterusnya, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak-Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.), anugerah tersebut telah disampaikan kepada Dato Sri Joseph Salang Gandum dan Dato Sri Richard Wee Liang Huat @ Richard Wee Liang Chiat.

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak-Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) pula telah dikurniakan kepada Datuk Henry Harry Jinep, Datuk Majang Renggi, Datuk Gerald Rentap Jabu, Datuk Ibrahim Baki dan Datuk Ik Pahon Joyik.

Turut dikurniakan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) kepada sembilan orang penerima yang masing-masing telah memainkan peranan penting dalam bidang pentadbiran awam, kejuruteraan, pendidikan dan pembangunan masyarakat iaitu Datu Adana Jed, Datu Sharifah Rohana Wan Alwi, Datu Grace Huong Siu Hung @ Huong Siew Hung, Datu Ir Dr Casidy Moris, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood, Datu Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Datu Richard Michael Abunawas dan Datu Joseph Blandoi.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Teh di salah sebuah hotel di sini, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Dalam pada itu, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak-Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.), anugerah telah dikurniakan kepada Dato Angelina Celestine Ujang, Dato Baduyah Bujang, Dato Su Tiang Joo, Dato Dr. Punitha Silivarajoo, Dato Fenny Nuli, Dato Ir Yusuf Abdul Wahab, Dato Razaili Gapor, Dato Miro Simuh, Dato Rolland Duat Jubin, Dato Brigedier Jeneral Jafri Sulaiman, YDH DCP Dato Mohd Taufik Toh Abdullah, Dato Jasni Jubli, Dato Hasbilah Mohamad Salleh, Dato Ruslan Abdul Ghani, Dato Augustine Wong Chung Ho, Dato James Ung Sing Kwong, Dato Ahmad Hazlan Ismawi, Dato Dr Wan Ali Tuanku Madhi, Dato Dr Salihin Abang, Dato Zolkipli Mohamad Aton, Dato Tapah Ata, Dato Ngui Ing Ing.

Selain itu, penganugerahan anumerta bagi Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) turut disampaikan kepada Allahyarham Dato Mohamad Hasbi Sulaiman, Allahyarham Dato Shahren Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce, dan Mendiang Dato James Alexander Ritchie, masing-masing diwakili oleh waris mereka Dato Benjamin Hasbie, Noorazah Reduan dan Rebekah Dawn Ba’o Ritchie, sebagai penghargaan atas jasa dan bakti semasa hayat mereka.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah kepada semua penerima atas dedikasi, integriti dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri.

Semoga semua penerima terus mengekalkan semangat perkhidmatan cemerlang serta menjadi teladan kepada masyarakat dalam memupuk nilai-nilai murni, integriti dan perpaduan.

Istiadat diakhiri dengan majlis jamuan tengahari, sesi bergambar bersama para penerima dan acara memotong kek ulang tahun sebagai tanda kenang-kenangan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gabungan CSO-SDG: Belanjawan 2026 langkah positif ke arah ekonomi hijau, inklusif
Next: Penularan Influenza A: Tabika,Tadika KEMAS di Sarawak beroperasi seperti biasa tiada arahan penutupan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.