Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi hadir solat tarawih bersama warga Astana Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi hadir solat tarawih bersama warga Astana Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat tarawih berjemaah bersama warga Pejabat Yang di-Pertua Negeri di Surau Astana Sarawak semalam. Foto Astana Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hadir menunaikan solat tarawih berjemaah bersama warga Pejabat Yang di-Pertua Negeri di Surau Astana Sarawak di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Sulit Kanan kepada Tuan Yang Terutama, Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie; Setiausaha Sulit, Junih Salleh Ahmad; serta pegawai kanan Astana Sarawak yang bersama-sama menyertai solat berjemaah tersebut.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan masa beramah mesra serta menikmati jamuan bersama para pegawai yang hadir. Foto Astana Sarawak

Majlis dimulakan dengan solat maghrib, kemudian diikuti dengan bacaan surah al Fath, solat Isyak dan tarawih yang dipimpin oleh Ustaz Safwan Mahli al Hafiz.

Selepas solat, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah kemudian meluangkan masa beramah mesra serta menikmati jamuan bersama para pegawai yang hadir.

Beliau menzahirkan rasa syukur kerana dapat berhimpun dalam suasana penuh harmoni yang dapat memperkukuh hubungan antara kakitangan institusi Yang di-Pertua Negeri khususnya dalam meraikan kedatangan Ramadan yang mulia.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelancongan: Sarawak optimis capai rekod lima juta pelawat tahun ini
Next: Sisa bunga api di Taman BDC timbulkan kebimbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.