Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi hadir majlis berbuka puasa anjuran SEDC
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi hadir majlis berbuka puasa anjuran SEDC

Utusan Sarawak 4 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Foto JAPEN

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), di sini, semalam.

Dalam majlis berkenaan, SEDC turut menyalurkan sumbangan berjumlah lebih RM50,000 kepada tiga institusi tahfiz iaitu Madrasah Tahfiz Al-Hannah (MADTAH), Madrasah Darul Uloom Islamiyyah serta Pondok Hidayatul Mubtadi-ien Wa Tahfizul al-Quran.

Sumbangan tersebut merangkumi peralatan asas serta barangan keperluan dapur bagi menyokong kelancaran operasi harian institusi berkenaan selain membantu meningkatkan kebajikan para pelajar yang menuntut ilmu di pusat pengajian tersebut.

Inisiatif tersebut merupakan usaha SEDC dalam menyokong institusi pendidikan Islam di samping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat setempat khususnya sepanjang Ramadan.

Turut hadir, Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dr. Juanda Jaya, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Rakayah Hamdan serta tetamu-tetamu kenamaan lain. – Japen

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak hadiri majlis khatan al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak
Next: Perkhidmatan kutipan sampah diawalkan sehari sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.