Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi hadir ke sesi bergambar rasmi jubah khas Canselor rekaan Unimas
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi hadir ke sesi bergambar rasmi jubah khas Canselor rekaan Unimas

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima jubah yang direka khas oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima jubah yang direka khas oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi untuk upacara rasmi seperti Syarahan Negarawan Unimas pada 12 September 2025 dan Majlis Konvokesyen Unimas ke-29 pada 3 hingga 6 November 2025.

Sesi tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Unimas, Zulkarnaen Ali bersama kakitangan dan jurugambar universiti. Turut menyaksikan sesi itu ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Jubah Canselor melambangkan kepimpinan akademik Tun Wan Junaidi sebagai Canselor Unimas dan dipakai semasa majlis rasmi akademik serta Majlis Konvokesyen Unimas sebagai simbol tertinggi dalam hierarki akademik universiti.

Ia menandakan peranan tertinggi Tun Wan Junaidi dalam pendidikan tinggi, kecemerlangan akademik, dan penganugerahan ijazah kepada para graduan Unimas.

 YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima jubah yang direka khas oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Rekaan jubah ini menggabungkan elemen ikonografi tradisional Orang Ulu dan Sarawak, mengekalkan corak motif kreatif Sarawak yang melambangkan keunikan budaya tempatan, kehidupan harmoni, dan hubungan berterusan antara manusia.

Tema falsafah dalam corak lapel jubah ini merangkumi tujuan kehidupan, kejayaan, dan nilai kemanusiaan, yang diwakili melalui motif flora dan fauna sebagai teras aspirasi Unimas untuk memperkasa komuniti demi kelestarian masa hadapan.

Warna biru diraja dipilih sebagai warna Jubah Canselor, dengan lapel merah yang dihiasi tenunan benang emas. Warna biru diraja melambangkan kebijaksanaan, kesetiaan, dan intelektual dalam bidang pendidikan tinggi dan akademik. Ia turut mencerminkan tradisi dan kecemerlangan berterusan dalam akademik serta penghormatan tertinggi dalam majlis konvokesyen.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan kepada pihak Unimas atas kelancaran dan kesempurnaan sesi tersebut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peniaga Sibu disaran sertai Program Kedai MyKasih
Next: Wilfred Yap denies claims of ignoring illegal gambling, says enforcement is federal responsibility

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.