Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi hadir ke majlis makan malam Pesara Pegawai Kanan Pasukan Keselamatan
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi hadir ke majlis makan malam Pesara Pegawai Kanan Pasukan Keselamatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAM KENANGAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bergambar kenangan bersama yang lain pada majlis makan malam bersama sekumpulan pesara pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur, semalam. Foto Astana Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir ke majlis makan malam bersama sekumpulan pesara pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Hotel Four Seasons, di sini, semalam.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut mesra oleh Laksamana Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B), Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, bersama Datin Tillia Thong serta para pesara kanan yang lain.

TUN Wan Junaidi menerima senaskhah buku berjudul The Price of a Bullet hasil tulisan Mejar Patrick Wong Sing Nang dari Sibu, mengisahkan pengalaman beliau ditembak oleh pengganas komunis ketika menjalankan operasi keselamatan.
Foto Astana Sarawak

Turut hadir Tan Sri Datuk Seri Mazlan Lazim, mantan Ketua Polis Negara bersama Sri Anizah Musa; Datuk Paul Kiong, SP bersama Jenny Tan; Dato’ Sri Razali Basri bersama Datin Rohani Ahmad; Tuan Chan Kuan San mewakili Urus Setia Majlis; serta beberapa tokoh veteran lain.

Dalam ucapan penghargaan, Laksamana Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian Tun Wan Junaidi hadir ke majlis tersebut.

Beliau menyifatkan kehadiran tersebut sebagai tanda penghargaan berterusan terhadap jasa dan pengorbanan para veteran yang telah mencurahkan khidmat demi keselamatan dan kedaulatan negara.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan nostalgia, dengan sesi bertukar-tukar khabar serta mengimbau kembali kenangan dan pengalaman sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas pertemuan tersebut yang menjadi detik bermakna dalam memperkukuh silaturahim serta menghargai bakti para perajurit dan pegawai keselamatan negara.

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi menerima senaskhah buku berjudul The Price of a Bullet hasil tulisan Mejar Patrick Wong Sing Nang dari Sibu, mengisahkan pengalaman beliau ditembak oleh pengganas komunis ketika menjalankan operasi keselamatan.

Karya tersebut merakamkan keberanian dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap gesa penjawat awam tidak berpolitik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.