Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Tun Wan Junaidi gesa percepat pelaksanaan projek demi manfaat rakyat
  • SEMASA

DUN: Tun Wan Junaidi gesa percepat pelaksanaan projek demi manfaat rakyat

Utusan Sarawak 10 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa agar pelaksanaan semua projek pembangunan di negeri ini dipercepatkan demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Menurut beliau, meskipun pencapaian pembangunan negeri menunjukkan kemajuan memberangsangkan, pemantauan secara berterusan perlu dilakukan agar setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan memberikan impak positif kepada komuniti setempat.

“Saya menyokong usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan projek pembangunan, terutamanya projek berimpak tinggi dan berkaitan kebajikan rakyat, dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya ketika berucap merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang terus konsisten dalam membawa agenda pembangunan berteraskan ekonomi hijau, digital dan inovasi ke arah menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang 2030.

Mengulas lanjut, Tun Wan Junaidi menyatakan keyakinan terhadap keupayaan negeri dalam merancang serta melaksanakan dasar-dasar yang berpaksikan prinsip kemampanan, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menyentuh keperluan memperkukuh pendidikan, memperluas program latihan teknikal dan vokasional (TVET), serta mempertingkat kualiti penjagaan kesihatan sebagai antara fokus utama kerajaan dalam memajukan negeri secara menyeluruh.

“Saya juga amat menggalakkan penglibatan generasi muda dalam sektor ekonomi digital dan teknologi hijau kerana ini adalah antara pemacu utama masa depan negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri untuk terus memainkan peranan aktif dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan semua dasar dan pelan pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Oleh Masrin Affirah & Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Hubungan erat Putrajaya-Petra Jaya pacu pembangunan Sarawak – TYT
Next: Kad Kenyalang Affin Bank dapat sambutan menggalakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.