Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadir Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadir Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluangkan masa berinteraksi dengan tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Bintulu.

BINTULU: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Bintulu di Hotel Fairfield by Marriott di sini, semalam.

Ketibaan mereka pada 8.10 malam diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bersama isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Majlis itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja ke Bahagian Bintulu yang bertujuan untuk bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi beramah mesra bersama pemimpin masyarakat pada Majlis Makan Malam di Hotel Fairfield by Marriott, Bintulu, malam tadi.

Dalam ucapan alu-aluan, Temenggong Limin Anai menzahirkan rasa syukur dan bangga atas keprihatinan Tun Wan Junaidi dan isteri yang kerap turun padang ke Bintulu.

Beliau berkata, kehadiran mereka membuktikan kepimpinan yang dekat di hati rakyat serta sentiasa mendengar aspirasi dan keperluan masyarakat demi pembangunan menyeluruh.

Majlis berlangsung dalam suasana santai dan mesra, dengan peluang untuk para pemimpin komuniti berkongsi pandangan serta maklum balas secara langsung kepada Tun Wan Junaidi.

Acara ini turut mengeratkan hubungan antara pemimpin negeri dan masyarakat, di samping menggalakkan kerjasama erat bagi memastikan pembangunan Sarawak terus dipertingkatkan.

Turut hadir, Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angllie Stephen Raja, pegawai kanan kerajaan serta sekitar 200 ketua masyarakat, ketua kaum, dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Bahagian Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Rumah dihempap pokok tumbang, penghuni selamat
Next: 50 peserta Petronas sertai kempen keselamatan kebakaran di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.