Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tun Wan Junaidi dan keluarga nikmati makan tengah hari di Restoran Bombay Spices
  • WILAYAH

Tun Wan Junaidi dan keluarga nikmati makan tengah hari di Restoran Bombay Spices

Utusan Sarawak 20 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama keluarga singgah makan tengah hari bersama keluarga di Restoran Bombay Spices, Jalan Nanas tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi singgah makan tengah hari bersama keluarga di Restoran Bombay Spices, Jalan Nanas tengah hari tadi.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ditemani, anak-anak termasuklah anaknya Sharifah Nong-Jasima bersama suaminya, Hakeem, Sharifah Nuril Barieyah serta cucu Athena dan Feona.

Turut serta bersama Tun Wan Junaidi ialah adik beliau Dato Sri Wan Sharkawi Tuanku Jaafar dan ahli keluarga yang lain.

Restoran Bombay Spices merupakan restoran makanan India yang terletak Jalan Nanas Satok. Restoran ini menyajikan menu makanan India yang menyelerakan seperti Roti Naan, Nasi Parda Briyani, Ikan Tikka Masala, Palak Paneer, Mughlai Chicken Changezi, Manggo Lassi, Chai Masala dan pelbagai lagi menu popular dari negara India.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama keluarga singgah makan tengah hari bersama keluarga di Restoran Bombay Spices, Jalan Nanas tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi disapa dan berbual seketika bersama Ketua Kaum Kampung Sourabaya Hilir Hamid Abang Sahari semasa menjamu selera yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengucapkan terima kasih kepada Restoran Bombay Spices di atas layanan mesra serta juadah makan tengah hari yang amat menyelerakan.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Bombay Spices seterusnya bergambar dengan rakan lama beliau iaitu Tay Peng Foo, pemilik kedai Tay Hak Hak yang berada bersebelahan dengan Restoran Bombay Spices.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Leonard Libau dilantik sebagai Temenggung komuniti Iban Sri Aman
Next: SKUAD Antidadah Sibu sertai gotong-royong, erat kerjasama komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.