Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi dan isteri zahir ucapan Salam Maal Hijrah 1447H
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi dan isteri zahir ucapan Salam Maal Hijrah 1447H

Utusan Sarawak 1 day ago
SALAM Maal Hijrah daripada Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam bersempena 1 Muharam 1447 Hijrah, dengan doa agar tahun baharu ini membuka lembaran hidup yang lebih diberkati, beriman dan diredai Allah SWT.

Tun Wan Junaidi menggesa agar umat Islam menjadikan semangat hijrah sebagai pendorong untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dan memperbaiki diri secara berterusan.

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut berdoa agar umat Islam terus dipelihara dalam rahmat dan keampunan-Nya:

“اللَّهُمَّ اجْعَلْ هَذِهِ السَّنَةَ سَنَةَ خَيْرٍ وَبَرَكَةٍ وَسَلَامٍ وَتَقْوَى.”

(Ya Allah, jadikanlah tahun ini tahun kebaikan, keberkatan, keamanan dan ketakwaan.)

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H. Semoga setiap langkah kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada kelalaian dunia. – Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amir Hamzah galas tugas dan fungsi Menteri Ekonomi
Next: Dato Wee Hong Seng lakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Rouen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.