Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi dan isteri luangkan masa bersarapan pagi bersama keluarga di Fian Cafe
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi dan isteri luangkan masa bersarapan pagi bersama keluarga di Fian Cafe

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah bersama keluarga bersarapan pagi di Fian Cafe, Jalan Kulas pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, bersarapan pagi bersama keluarga di Fian Cafe, Jalan Kulas, sekitar 8.45 pagi tadi.

Turut hadir dalam sesi santai tersebut ialah anakanda mereka, Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima, serta suami kepada Sharifah Nong-Jasima, Hakeem.

TUN Wan Junaidi melihat menu di Fian Cafe. Foto Astana Negeri Sarawak

Kenalan lama Tun Wan Junaidi, Dr. Charlie Dudang, yang juga Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Transformasi, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), turut hadir bersama isteri beliau, Cecilia.

Antara menu yang menjadi pilihan utama keluarga pada pagi tersebut ialah roti canai.

Tun Wan Junaidi menyatakan bahawa sudah agak lama tidak berkunjung ke kafe berkenaan, namun rasa hidangan dan suasana persekitaran masih kekal seperti dahulu.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama para pelanggan lain yang berada di di Fian Cafe. Foto Astana Negeri Sarawak

Sebelum beredar, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama para pelanggan lain yang berada di kafe tersebut.

Antara yang sempat ditemui ialah beberapa pelajar dari Kolej Vokasional Betong yang berasal dari Johor dan Kedah.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pendekatan saintifik, berperikemanusiaan atasi isu anjing terbiar
Next: Petronas Stakan sumbang bakul makanan kepada 60 keluarga kurang berkemampuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.